Dosa Dan Kenakalan Lampau Menghantui Saya – Tauke

Ketika golongan pelawak kini diangkat dan rancak meraih populariti, timbul pula isu panas dan kontroversi baru-baru ini yang mengaitkan seorang pelawak berperangai keji.

 

Menerusi laman media sosial, tersebar khabar berita dan ‘screen shot’ mesej seorang pelawak menggunakan popularitinya untuk memikat ramai gadis.

 

Lebih memualkan, artis itu dikatakan gemar meminta gambar dan video lucah daripada gadis yang dihubunginya.

 

Lantaran itu nama pelawak dan penyampai radio, Tauke dikaitkan dengan isu tersebut.

 

Spekulasi bertambah kuat kerana penyampai radio stesen Era FM itu terpalit dengan dakwaan gemar bertukar kekasih.

 

Kata Tauke atau nama sebenarnya Zamatul Amri Zakaria, 39, dia berharap agar masyarakat tidak terus menyebarkan fitnah.

 

Begitupun, dia mengakui dakwaan terhadap dirinya timbul disebabkan sikap dan kenakalannya.

 

“Dosa dan kenakalan saya yang lepas menghantui saya. Jadi, apabila isu macam ini timbul terus orang akan menuding jari kepada saya.

 

“Apa yang boleh saya katakan, saya harap masyarakat di luar sana baca dan ikutilah laporan isu ini sehingga akhir.

 

Jangan membuat tuduhan melulu tanpa mengetahui kisah sebenar,” katanya ketika ditemui pada malam tayangan filem terbaharu lakonannya, Hantu Bungkus Ikat Tepi bertempat di Kuala Lumpur, malam tadi.

 

Bagaimanapun, Tauke juga menyatakan tuduhan tersebut secara tidak lansung menjejaskan periuk nasinya.

 

“Sebenarnya, isu ini juga menjejaskan periuk nasi saya.

 

“Namun, apabila situasi macam ini terjadi, saya tidak boleh marah siapa kerana media sosial memang susah untuk kita kawal,” katanya.

 

Dalam pada itu, Tauke yang kebetulan menyambut ulang tahun kelahirannya semalam, memberitahu dia dalam perancangan mahu mengakhiri zaman bujang dalam tahun ini.

 

“Insha Allah benda yang baik, jika sudah tiba masanya nanti, saya akan kongsikan. Mungkin dalam tahun ini,” tuturnya.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.