BMW Jawab Kenyataan Rafizi

Kuala Lumpur – BMW Group Malaysia menafikan dakwaan kerajaan membeli kereta mewah BMW 5 Siri dan 7 Siri.

 

Pengarah Urusannya, Alan Harris menjelaskan, kenderaan itu ditaja untuk digunakan sebagai kenderaan rasmi pada Sidang Kemuncak Asean 2015 ke-26 yang bakal berlangsung pada 24 hingga 28 April ini.

 

“Kereta tersebut akan digunakan sebagai kereta rasmi yang akan digunakan pada Sidang Kemuncak Asean 2015 ke-26 di Kuala Lumpur dan Langkawi dari 24 hingga 28 April 2015,” katanya dalam satu kenyataan.

 

Alan menjelaskan, BMW-5 Siri dan BMW-7 Siri itu akan digunakan untuk semua deligasi dan tetamu terhormat sepanjang persidangan itu sahaja.

 

Kenyataan itu dikeluarkan bagi menjawab persoalan yang dibangkitkan Naib Presiden PKR, Rafizi Ramli yang mendesak kerajaan dan BMW memberi penjelasan berhubung kewujudan kereta itu tanpa nombor pendaftaran tetapi menggunakan jata negara.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.