Adakah TunM Kebal, Soal Megat Khairul

Kuala Lumpur – Pertubuhan Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM), Zon Hulu Selangor hari ini membuat laporan polis di IPD Kuala Kubu Bharu terhadap mantan Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamed atas dakwaan menghasut.

 

Penyelarasnya, Megat Khairul Anuar ketika ditemui SuaraTV berkata, laporan polis itu adalah berkaitan kenyataan Tun Mahathir mengenai kes pembunuhan model warga Mongolia Altantuya Shaariibuu pada satu catatan blognya.

 

“Laporan polis yang dibuat pada pukul 9.22 pagi tadi adalah bertujuan utnuk menggesa agar satu siasatan dijalankan terhadap Tun Dr Mahathir yang secara jelas mempunyai siasatan.

 

“Kami ingin memberi tempoh selama 10 hari terhadap pihak Polis Diraja Malaysia (PDRM) melakukan siasatan atau memanggil Tun Dr Mahathir ke balai polis seperti yang dilakukan terhadap pimpinan pakatan pembangkang sebelum ini,” ujarnya kepada SuaraTV sebentar tadi.

megat 2

Beliau turut berkata, kegagalan pihak PDRM melakukan tindakan tersebut boleh menimbulkan pelbagai persepsi dan keraguan di kalangan masyarakat.

 

“Sekurang-kurangnya Mahathir perlu dipanggil ke Balai Polis untuk dirakam percakapan.
“Adakah Tun Dr Mahathir kebal?” soalnya lagi.

 

Terdahulu Penyelaras SAMM Pahang, Amirul Syazwan Narzaruddin turut membuat satu laporan polis berhubung perkara yang sama.

 

“Kenyataan Mahathir ini tanpa berselindung merupakan hasutan kepada orang ramai untuk membenci Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Najib Tun Razak.

 

“Bukan sedikit pemimpin pembangkang yang pernah disiasat, ditangkap malah didakwa dengan perbagai tuduhan kerana mengeluarkan hasutan hampir sama” memetik kenyataan tersebut.

 

SAMM Pahang membuat laporan polis tersebut di IPD Berserah.

 

Menurut Amirul sekiranya tiada tindakan yang diambil ke atas Mahathir dalam tempoh 10 hari, maka ia akan dianggap bahawa tindakan menghasut untuk membenci Perdana Menteri itu akan menjadi halal.

 

“Maka jika ada pihak yang akan turun ke seluruh negara mencetak poster, risalah, pemidang, membuat ceramah atau seumpamanya bagi membangkitkan isu-isu yg dibangkit Mahathir, pihak tersebut juga tidak harus diganggu oleh pihak polis, seperti mana Mahathir,” katanya.

 

Pada Rabu, Dr Mahathir dalam blognya berkata, beliau hanya bertanya siapa yang mengeluarkan perintah kepada dua anggota polis yang didapati bersalah membunuh Altantuya dan tidak berniat menuduh Najib melakukan jenayah kerana itu dapat disiasat oleh polis.

 

Katanya adalah tidak adil jika dua tertuduh, bekas anggota Unit Tindakan Khas, Sirul Azhar Umar dan Azilah Hadri dikenakan hukuman bunuh kerana mereka hanya mengikut arahan.

 

Dr Mahathir menjelaskan, beliau hanya mahu agar persoalan berhubung arahan untuk membunuh Altantuya itu terjawab.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.