1MDB Tak Muflis – PM

Kuala Lumpur – Syarikat 1Malaysia Development Berhad (1MDB) tidak muflis kerana telah membayar hutang kepada bank, kata Dato’ Seri Najib Razak.

 

Perdana Menteri berkata, 1MDB telah berjaya melunaskan hutang sebanyak RM2 bilion kepada Maybank dan RHB.

 

Justeru, beliau menegaskan tuduhan pembangkang yang mendakwa 1MDB telah muflis tidak timbul sama sekali.

 

“1MDB telah pun melunaskan hutang sebanyak RM2 bilion kepada Maybank dan RHB pada 13 Februari 2015 mengikut syarat-syarat perjanjian pinjaman.

 

“Sedemikian itu, tidak timbul isu 1MDB muflis,” kata Perdana Menteri dalam jawapan secara bertulis di Parlimen pada Selasa.

 

Najib menjawab pertanyaan Ahli Parlimen Jelutong, Jeff Ooi Chuan Aun yang meminta Perdana Menteri menjelaskan adakah 1MDB muflis.

 

Jeff Ooi turut mempersoalkan mengapa Bank Negara tidak bertindak selepas 1MDB berkali-kali tidak berupaya membayar balik mengikut jadual berkontrak bagi pinjaman sebanyak RM2 bilion daripada Maybank (58.99 peratus) dan RHB (32.41 peratus).

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.