Walaupun Dihina Dan Di Fitnah, Kerajaan Tetap Hulur Salam Ukhwah – Najib

Kuala Lumpur – Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak menjelaskan walaupun kerajaan sering di bentak dihina dan dimaki hamun, namun kerajaan tidak pernah berpatah semangat malah masih mampu untuk menghulur semangat ‘salam ukhwah’ dan ‘salam perpaduan’ atas dasar masih berada di dalam taklif ummatik yang lebih besar.

Beliau berkata demikian ketika menyampaikan ucapan perasmian Seminar Antarabangsa ‘Penghayatan Wasatiyyah Dalam Kerangka Maqasid Syariah’ di Menara Felda sebentar tadi.

Najib turut menjelaskan walaupun ada kalanya salam ukhwah tersebut di tolak kerana kepentingan politik namun beliau menjelaskan tidak akan jemu kerana ia berlandaskan agama Islam yang sebenar.

“Dalam hal ini, perkara yang lebih penting kepada saya ialah pendekatan Wasatiyyah ini dapat diterima dengan hati yang terbuka oleh majoriti rakyat dan mendapat dokongan para ilmuwan dan cendekiawan, baik tempatan mahupun antarabangsa” ujar beliau.

Najib turut mengalu-alukan kehadiran para ilmuwan dari Qatar, Jordan, Kuwait dan Arab Saudi dan mengharapkan seminar antarabangsa ini mampu menarik dan berwibawa melalui kaedah perbincangan yang lebih mendalam.

“Jumlah kehadiran para ilmuwan dan cendekiawan yang turut bersama kita di seminar ini adalah satu pengiktirafan besar kepada kewujudan Institut Wasatiyyah Malaysia (IWM) dan idea kesederhanaan yang sering kita julang dan perjuangkan di pentas-pentas pemikiran, baik di dalam mahupun di luar negara.

“Konsistensi sebeginilah yang menyebabkan kita sangat dihormati di peringkat antarabangsa. Tahniah dan syabas saya ucapkan kepada Institut Wasatiyyah Malaysia dan semua yang terlibat dalam menjayakan seminar antarabangsa ini,” jelas beliau lagi.

Antara ilmuwan Islam yang menghadiri seminar antarabangsa anjuran IWM pada kali ini ialah Ketua Hakim Syarie Jordan, Dr Ahmad Mohammad Hlayyel Hlayyel yang juga merupakan Imam Diraja Jordan.

Seterusnya Timbalan Menteri, Kementerian Wakaf dan Hal Ehwal Islam Kuwait, Dr Adel Abdullah al-Fatah; Timbalan Rektor (Pembangunan) Universiti Islam Madinah, Arab Saudi, Prof Dr Mahmoud Abdul Rahman Qaddah; Pengarah Pusat Wasatiyyah Islam dan Pembaharuan Al-Qaradhawi Qatar, Prof Dr Muhammad Khalifa Hasan Ahmad Khalifa.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.