Pelancong China Ditemui Lemas Di Pantai Pasir Panjang

BESUT: Seorang pelancong dari China ditemui lemas berhampiran Pantai Pasir Panjang, Pulau Perhentian Besar malam tadi.

Pemangku Ketua Polis Daerah Besut, DSP Noorzainy Mohd Noor, berkata mayat Liu Feng, 31 ditemui pada 8.30 malam.

“Mangsa yang berasal dari Guangdong sebelum itu dilapor turun ke pantai bersama isteri dan dua rakan untuk mandi-manda pada 5.30 petang,” katanya pada sidang media di sini hari ini.

Noorzainy berkata, mangsa dipercayai mandi di kawasan yang agak dalam dan menghadapi masalah apabila dipukul ombak kerana tidak tahu berenang sebelum tenggelam.

Katanya, mayat mangsa ditemui pasukan mencari dan menyelamat tidak jauh dari lokasi dia dilapor tenggelam.

Mayat mangsa dihantar ke Hospital Daerah Besut pagi ini untuk dibedah siasat sebelum diserahkan kepada Kedutaan China.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.