Nazim Othman Bergaduh Dengan Bella Dally??

Kecoh juga sekejap minggu lalu apabila pelakon popular, Nazim Othman dikatakan bergaduh besar dengan kekasih hatinya juga pelakon sedang mencipta nama, Bella Dally.

Dari rakan rapat dua artis sama padan ini, mereka dikatakan memutuskan hubungan selepas membaca beberapa kenyataan yang dimuat naik ke laman sosial.

Kita yang memang kenal rapat dengan Nazim dan Bella risau juga bila mendengar berita ini.

Sebabnya, hubungan cinta mereka tidak pernah ada masalah.

Kita lihat mereka berdua saling menyokong antara satu sama lain, termasuk soal kerjaya seni.

Pernah kita tengok Nazim beriya-iya memuat naik gambar dan artikel yang kita buat mengenai Bella dan menggesa peminatnya mendapatkan Metro Ahad yang menampilkan kekasih hatinya sebagai penghias muka depan Selebriti.

Tidak mahu mendengar kata orang, kita tanya Bella bagaimana keadaannya.

Adakah dia okey dengan situasi berlaku.

Kata bintang jelita berasal dari Sabah itu, dia tidak mempunyai masalah.

Namun apabila kita tanya cerita bergaduh dan putus cinta, Bella mengambil keputusan enggan memberi kenyataan dan dia meminta kita tanya sendiri kepada Nazim.

Apabila kita tanya Nazim, dia akui memang berlaku sedikit salah faham.

Tambah pula emosi tidak stabil, jadi tercetuslah perkelahian antara mereka berdua.

Bagaimanapun, perkara itu tidak berlanjutan apabila Nazim mahupun Bella sendiri mengambil jalan menyelesaikan masalah hubungan mereka dan kini kembali baik.

Lega hati kita bila mendengar penjelasan Nazim. Memang itu yang kita harapkan.

Sedih juga kalau pasangan ini berpisah sebab kita lihat mereka sangat bagus. Bercinta sesama artis tetapi tidak pernah menjadikannya sebagai taruhan publisiti untuk meraih populariti.

Adat orang bercinta, kalau setakat gaduh-gaduh manja itu biasalah. Kata orang, untuk proses mengenali siapa pasangan kita, ia pasti berlaku. Jika tidak, tak adalah timbul pepatah sedangkan lidah lagi tergigit.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.