Kerajaan Cadang Pinda Akta Berhubung Kegiatan Mengemis

KUALA LUMPUR – Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat (KPWKM) bercadang meminda Akta Orang-orang Papa 1977 sedia ada dengan memperkenalkan elemen penguatkuasaan.

Menterinya Datuk Seri Rohani Abdul Karim berkata pindaan itu perlu bagi membasmi kegiatan mengemis kerana undang-undang sedia ada hanya terpakai bagi tujuan perlindungan dan pemulihan terhadap golongan tersebut.

“Kerajaan juga mahu menangani sindiket yang kita syak wujud disebalik kegiatan mengemis ini,” katanya kepada pemberita selepas menyertai operasi bersepadu menyelamat pengemis di kawasan Bukit Bintang di sini, hari ini.

Rohani berkata antara hukuman dicadangkan adalah penjara, denda khidmat masyarakat dan kompaun terhadap individu yang mengeksploitasi orang lain untuk mengemis atau individu yang menjadikan mengemis sebagai karier mereka. – BERNAMA

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.