Bilik Pensyarah UUM Terbakar

SINTOK: Empat bilik pensyarah Kolej Perniagaan, Universiti Utara Malaysia (UUM) di sini musnah dalam kebakaran yang dipercayai berpunca daripada litar pintas.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Bukit Kayu Hitam M. Pathmanathan ketika dihubungi, berkata pihaknya menerima panggilan kecemasan pada pukul 12.19 tengah hari dan tiba di lokasi kejadian 15 minit kemudian.

Sebuah jentera dengan kekuatan tujuh anggota dikejarkan ke tempat kejadian dan berjaya mengawal kebakaran pada pukul 12.37 tengah hari, katanya.

Menurut Pathmanathan, ketika kejadian tiada pensyarah di dalam bilik terbabit.

Pathmanathan berkata jumlah kerugian dan punca sebenar kebakaran masih dalam siasatan.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Do NOT follow this link or you will be banned from the site!