8 Kawasan Catat IPU Sederhana

KUALA LUMPUR: Lapan kawasan di seluruh negara merekodkan bacaan Indeks Pencemaran Udara (IPU) sederhana setakat 7 pagi hari ini.
Menurut Jabatan Alam Sekitar (JAS), lapan kawasan itu ialah Nilai (57), Balok Baru (64), Kangar (51), Banting (54), Pelabuhan Klang (52), Kemaman (57), Paka (83) dan Wilayah Persekutuan Labuan (53).

Kawasan lain mencatatkan bacaan IPU baik.

Bacaan IPU antara 0 dan 50 dikategori sebagai baik, 51 hingga 100 (sederhana), 101 ke 200 (tidak sihat), 201 hingga 300 (sangat tidak sihat) dan 300 ke atas (bahaya).

Orang ramai boleh merujuk portal http://www.doe.gov.my untuk mengetahui bacaan IPU. – Berita Harian

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.