Susah Rupanya Tugas Jadi Kerajaan – Mat Sabu

SHAH ALAM – Menteri Pertahanan, Mohamad Sabu mengakui menjadi kerajaan bukan perkara mudah berbanding ketika menjadi pembangkang.

Presiden Parti Amanah Negara (AMANAH) itu berkata, ketika berada dalam blok pembangkang, tugasnya hanyalah mencari kelemahan kerajaan.

“Bila kita jadi pemerintah, nak bercakap pun tak macam dahulu. Fakta kena jaga kerana ucapan didengar di seluruh dunia. Malah, walaupun kadang kala kita tersalah cakap, kena perbetulkan segera sama ada hari ini atau esok.

“Di sini dapat lihat susahnya jadi pemerintah,” katanya pada program Bicara Minda, di sini semalam.

AMANAH antara empat parti dalam Pakatan Harapan (PH) yang berjaya merampas Putrajaya selepas menewaskan Barisan Nasional (BN) pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU-14) pada Mei tahun lalu.

Tiga parti lain adalah Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU) yang diketuai Tun Dr Mahathir Mohamad, DAP serta PKR selain sokongan Parti Warisan Sabah (WARISAN) yang berpangkalan di Sabah dan berjaya membentuk kerajaan di negeri berkenaan.

Apabila sudah menjadi kerajaan kini, terutama memegang jawatan menteri, beliau berkata, setiap kenyataannya akan dikaji, sama ada oleh rakan mahupun lawan.

“Selain itu, apa yang diucapkan (sebagai menteri) juga dianggap sebagai dasar,” katanya. – BH

Lain-Lain Berita Menarik;-

Ada Kenyataan Mat Sabu Yang Saya Rasa Bodoh, Kata Pesara Tentera

Setiausaha Politik Mat Sabu Yang Disiasat SPRM Antara 23 Angkat Sumpah Jawatan

DMJ Gesa Mat Sabu Jangan Membisu Dengan Provokasi Singapura

VIDEO: Mat Sabu Tergamam, Diasak Soalan Panas

Mat Sabu Nafi Ada Ijazah, Akui Dibuang Dari ITM

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.