Bahan Kimia Dibuang Dalam Sungai Dipercayai Minyak Cuci Tangki Kapal – JAS

JOHOR BAHRU – Keputusan sampel bahan kimia yang diambil dari Sungai Kim Kim di Pasir Gudang semalam, bahan yang dipercayai dibuang secara haram oleh sebuah lori di sungai itu, dijangka diketahui pada minggu depan.

Pengarah Jabatan Alam Sekitar (JAS) negeri, Datuk Dr. Mohammad Ezanni Mat Salleh berkata, hasil siasatan awal pihaknya mendapati, bahan itu dipercayai minyak daripada pencucian tangki kapal yang dibuang secara haram di situ.

Menurutnya, kejadian itu pertama kali berlaku membabitkan pembuangan bahan haram ke dalam sungai.

“Kita dah hantar sampel ke Jabatan Kimia dan kita sudah minta mereka proses seberapa segera. Kita jangka minggu depan dah boleh dapat keputusan tersebut,” katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia di sini sebentar tadi.

Pada masa sama, beliau turut menyeru kepada orang awam yang mempunyai maklumat berhubung kejadian itu termasuk melihat lori tangki yang disyaki membuang bahan berkenaan diminta menghubungi pihak JAS di talian 24 jam 1 800 88 2727 atau kaunter khidmat pelanggan JAS Johor di talian 011 27544925.

Sementara itu, Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat negeri Datuk Yahaya Madis berkata, Unit Bahan Berbahaya (Hazmat) juga sudah mengambil sampel dari sungai tersebut dan pihaknya sudah menyerahkannya ke makmal di sini.

“Buat masa ini kita tidak dapat nak jangka masa bagi mendapatkan keputusan tapi kita harap akan dapat keputusan seberapa segera sebelum tindakan lanjut dapat diambil,” katanya. – UTUSAN

2 thoughts on “Bahan Kimia Dibuang Dalam Sungai Dipercayai Minyak Cuci Tangki Kapal – JAS

  • March 10, 2019 at 6:36 pm
    Permalink

    Siapa 2 yg ada maklumat pelaku yg buang bahan metana dlm sg kim kim!! Bolih hubungi pihaj berkuasa!!

    Reply
  • March 10, 2019 at 6:37 pm
    Permalink

    Siapa 2 yg ada maklumat pelaku yg buang bahan metana dlm sg kim kim!! Bolih hubungi pihaj berkuasa!! Sama2 bantu

    Reply

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.