Video: Amaran Daripada Rafizi, PH Berisiko Kalah PRU-15

KUALA LUMPUR – Naib Presiden PKR, Rafizi Ramli memberi amaran kepada Pakatan Harapan (PH)- gabungan parti kerajaan itu boleh kalah pada PRU-15, jika mengabaikan akar umbi dan tidak sensitif dengan permintaan rakyat.

Beliau berkata, faktor kekalahan juga bakal berpunca daripada penyatuan UMNO dan Pas yang akan memastikan berlaku pertandingan satu lawan satu pada PRU-15.

“UMNO dan Pas tidak bodoh. Mereka sudah tahu pertandingan tiga penjuru dalam PRU-14 lalu beri kemenangan kepada PH walaupun ketika itu keadaan undi Melayu tidak banyak berpihak kepada PH,” katanya yang dipetik ucapannya dari sebuah video yang tular di laman sosial semalam.

Dalam ucapan itu, Rafizi yang merupakan Pengasas Invoke Malaysia (Invoke) mendedahkan, pada PRU-14, semua parti Melayu dalam PH baik Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM), PKR mahu pun Parti Amanah Negara (PAN) tidak banyak mendapat undi Melayu.

Maknanya, tegas Rafizi, dalam tiga atau empat tahun akan datang jika PH tidak berhati-hati dan tambahan pula UMNO, Pas yang ketika itu sudah betul-betul bersatu, PH akan kalah.

“Kalau UMNO dan Pas memang betul-betul akan pinang meminang dan berkahwin, PRU-15 kalau kita masuk bertanding satu lawan satu, lawan UMNO dan Pas dalam keadaan kita mengabaikan akar umbi dan tidak sensitif dengan permintaan rakyat atas pagar, kita akan kalah,” katanya.

Lain-Lain Berita Menarik;-

Rating Populariti Dr Mahathir dan Kerajaan PH Merosot Dalam Kadar Cepat – Rafizi

Rating Populariti Dr Mahathir Merudum, PPBM Pertikai Hasil Kaji Selidik Rafizi

PH Menang Bukan Sebab Tun Mahathir, Kata Rafizi

Latheefa Dedah 10 Bukti Kaitkan Kem Rafizi Terlibat Sabotaj, Rasuah Dalam Pemilihan PKR

Bagaimanapun, hari ini pula Rafizi memberitahu, video itu sengaja disunting pendek oleh penyokong Pas dan UMNO supaya rakyat terpengaruh dengan ucapannya bahawa PH akan kalah pada PRU-15.

“Pas, UMNO edit video saya mengenai undi Melayu. Beraya sakan konon kalau Pas, UMNO kahwin, PH pasti kalah.

“(antara) ayat yang dikerat dari video itu bab kononnya, saya memberi ingatan kepada PH jangan nampak lemah dalam jaga kebajikan rakyat, kita menang sebab itu. Kalau PH jaga rakyat, (UMNO, Pas) kahwin la berapa pun PH boleh menang,” katanya. – MalaysiaGazette

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.