Type R Terbaharu Honda

LONDON – Inilah model baru Honda Civic Type R yang dipamerkan di Pertunjukan Motor Geneva yang boleh mencapai kelajuan 170 batu (274 km) sejam.

Memetik Metro, DM melaporkan, model ‘hatchback’ itu dibina di kilang Honda Britain di Swindon, untuk pasaran dunia, termasuk Jepun dan Amerika Syarikat dengan jualan bermula musim panas ini.

Model baru Honda Type R dilengkapi enjin petrol turbo 2.0 liter VTEC turbo yang menghasilkan 320 kuasa kuda dan torque 400Nm serta gear manual enam kelajuan menjadikannya kereta yang amat laju di jalan raya.

Model itu dijangka dipasarkan dengan harga £30,000 (RM162,700).

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.