Video: Tiga Hari Tayangan, BoboiBoy The Movie Raih RM2 Juta

KUALA LUMPUR — Belum sampai seminggu “BoboiBoy: The Movie” ditayangkan di pawagam sejak 3 Mac lalu, filem animasi tempatan itu berjaya meraih kutipan sebanyak RM2 juta.

 

Pengarahnya, Nizam Razak berkata, filem kanak-kanak berkonsepkan adiwira itu mempunyai jalan cerita yang penuh dengan pengajaran untuk semua golongan masyarakat.

 

“Jadi tidak hairan jika golongan remaja dan dewasa juga tertarik untuk menonton filem ini  di panggung wayang,” katanya dipetik laporan akhbar Kosmo! semalam.

 

Kos pembikinan yang memakan belanja RM10 juta, Nizam berharap dapat meraih kutipan yang memberangsangkan dengan mensasarkan RM10 juta sepanjang tempoh tayangan.

 

BoboiBoy asalnya merupakan rancangan siri animasi televisyen yang dsiarkan di TV3 sejak Mac 2011, terbitan Animonsta Studios Sdn Bhd.

 

Sebelum ini, animasi tempatan yang laris di panggung “Geng: Pengembaraan Bermula” yang mendapat kutipan RM6.31 juta pada tahun 2009. – MalayMail

 

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.