Kain Rentang ‘Mahathir Pengkhianat’ Dikesan Di Johor

JOHOR BHARU – Tindakan mantan perdana menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad yang bersekongkol dengan pihak pimpinan pembangkang mendapat kecaman segelintir masyarakat di sini.

 

Rakyat Johor yang marah dengan tindakan itu, dikatakan telah memasang kain rentang ‘Mahathir Pengkhianat’ kerana disifatkan telah melanggar prinsip perjuangan yang dipertahankan selama ini.

 

Melalui imej yang dihantar oleh pembaca SuaraTV semalam, kain rentang tersebut turut memaparkan Dr Mahathir berpegangan tangan bersama pemimpin DAP dan PKR ketika menandatangani deklarasi rakyat menyokong penyingkiran Najib Jumaat lalu.

 

Terdahulu, Dr Mahathir membuat pengumuman untuk keluar dari UMNO kerana tidak berpuas hati dengan cara pemerintahan Datuk Seri Najib Razak. – SuaraTV

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.