Video: Sabbaruddin Chik ‘Marah’ Ketika Ditanya Siapa Deepak

Kuala Lumpur – Bekas Pengerusi Bank Rakyat, Tan Sri Sabbaruddin Chik marah apabila ditanya mengenai ‘Siapa Deepak’ ketika menjawab persoalan yang dibangkitkan dalam sesi forum yang diadakan di sini hari ini.

 

“Saya tak kenal siapa Deepak, dia ni sebenarnya setakat yang saya tahu adalah peniaga permaidani.” katanya ketika seisi dialog bertajuk “Politik dan Perpaduan” anjuran Pertubuhan Pemikir Agenda Watan Malaysia (Pemikir) yang diadakan di sini hari ini.

 

 

Salah seorang peserta forum membangkitkan persoalan tersebut ekoran pendedahan yang dibangkitkan oleh Sabbaruddin dalam buku ‘Membongkar Skandal Bank Rakyat Dalam Deepak’ baru-baru ini.

 

“Bagaimana penulis buku Deepak, tidak kenal siapa Deepak.

 

“Kalau tak nak jawab, tak payah jawab” ujar mereka apabila melihat melihat veteran UMNO itu seperti enggan mengulas mengenai ‘Siapa Deepak.

 

Sabbaruddin yang juga merupakan bekas Setiausaha Agung Umno dilihat seakaan tersinggu dengan komen yang diberikan itu.

 

“Kalau saudara lebih tahu, saudara tanyalah.

 

“Yang sayu tahu dia jual carpet, itu je” ujarnya pula.

 

Beliau sebelum  ini mendedahkan jawatan pengerusi yang disandang sebelum ini tidak disambung hanya kerana tidak bersetuju arahan Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan Datuk Seri Hasan Malek untuk membenarkan bayaran balik pinjaman berjumlah kira-kira RM32 juta ahli perniagaan karpet, Deepak Jaikishan menggunakan cek ‘post dated’ yang akan menyebabkan kerugian sehingga RM14.6 juta kepada Bank Rakyat.

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.