Pembangkang Ni Bahlol, Kami Yang Nak Jumpa PM – Syed Ali

Kuala Lumpur – Ketua UMNO Bahagian Cheras, Datuk Seri Syed Ali Alhabshee menyelar pimpinan pembangkang yang mempertikaikan program perjumpaan Ketua-ketua Bahagian UMNO bersama Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak yang diadakan hari ini.

 

“Pembangkang ni bahlol yang nak jumpa PM ni kami, bukan PM yang nak jumpa kami.

 

“Masalah dengan pembangkang ni depa suka timbulkan persepsi, walaupun Perdana Menteri tidak meminta sokongan namun kami semua yang memberikan sokongan penuh terhadap kepimpinan beliau” katanya sejurus perjumpaan yang diadakan sebentar tadi.

 

Menurutnya ketika ditemui SuaraTV sebentar tadi, semua yang hadir berpuas hati dan perjumpaan tersebut adalah merupakan bukti komitmen Perdana Menteri dalam menjawab semua isu yang dikaitkan dengan kerajaan.

 

“Kita berpuas hati dengan ucapan dan komitmen yang diberikan Perdana Menteri hari ini dalam menjawab dan menjelaskan semua isu-isu yang dibangkitkan, beliau turut berikan arahan kepada juruaudit dan Peguam Negara agar melakukan siasatan terhadap 1MDB.

 

“Beliau turut berjanji dan berjanji akan mengambil tindakan terhadap sekiranya berlaku salahguna kuasa seperti yang digembar-gemburkan” katanya kepada SuaraTV sebentar tadi.

 

Syed Ali turut menjelaskan perjumpaan ini adalah merupakan kesinambungan dalam pertemuan yang lalu dan bukan pertama kali diadakan.

 

“Ini adalah perjumpaan kedua, kerana dalam setahun Perdana Menteri akan mengadakan perjumpaan Ketua-Ketua Bahagian sebanyak dua kali bagi menerangkan mengenai isu-isu yang berbangkit.

 

“Sebelum ini kami telah mengadakan perjumpaan dengan Perdana Menteri di Sri Perdana” ujarnya pula.

 

Sementara itu menurut Ketua UMNO Bahagian Langkawi, YB Dato Ir Nawawi Ahmad perjumpaan yang diadakan itu bertujuan untuk berkongsi mengenai isu-isu semasa negara.

 

“Isu yang dibangkitkan adalah mengenai isu semasa yang dikaitkan dengan UMNO dan kami semua berpuas hati.

 

“Sepatutnya ada sesi dialog yang diadakan, namun disebabkan jawapan yang diberikan sudah memadai

 

“Saya juga menolak dakwaan yang mengatakan ini pertemuan yang terdesak kerana ia merupakan perjumpaan tahunan yang diadakan setahun , dua kali” ujar lagi.

 

Perjumpaan Ketua-ketua Bahagian UMNO yang diadakan pada hari ini menimbulkan pelbagai spekulasi berhubung kedudukan Najib selaku Presiden UMNO dan Perdana Menteri.

 

Sehingga menimbulkan tanggapan bahawa wujud perpecahan dalam UMNO sehingga perlu dibuat perhimpunan untuk menunjukkan solidariti kepada Najib.

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.