Korban Selsema Babi Di India Cecah 1,289

NEW DELHI – India mencatat 50 lagi kematian akibat wabak selsema babi (H1N1) semalam sekali gus menjadikan jumlah keseluruhan 1,289 sejak ia merebak awal tahun ini, dengan jumlah kes yang disahkan mencecah 24,000, lapor kerajaan India kelmarin.

 

Kementerian Kesihatan Kesatuan berkata, sementara jumlah bilangan orang yang telah meninggal dunia mencecah 1,289 dan mereka yang terjejas oleh wabak itu merentasi beberapa buah negeri berjumlah 23,922 sejak 5 Mac tahun ini.

 

Kementerian telah berkata pada hari Jumaat, bahawa jumlah kematian di seluruh negara dari penyakit ini adalah 1,239, manakala pada 4 Mac, jumlah mereka yang dijangkiti penyakit ini telah mencapai 23,153.

 

Walaupun bilangan orang yang dijangkiti oleh wabak ini menunjukkan trend menaik di Gujarat dengan 5,236 orang, jumlah kematian setakat hari Jumaat mencapai 311 orang di beberapa negeri di bahagian barat India itu. – Agensi / Utusan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.