Istana Anjur Perdamaian Dua Ulama

Kuala Lumpur – Perbalahan yang tercetus di antara dua tokoh agama melibatkan Mufti Perlis Dr Asri Zainul Abidin dengan penceramah bebas Ustaz Kazim Elias akhirnya berjaya didamaikan.

 

Menurut pembantu peribadinya, Annuar Mat Taib ketika dihubungi SuaraTV sebentar tadi, program perdamaian yang menemukan kedua-dua ulama itu dibuat atas arahan pihak Istana Perlis.

 

Pertemuan antara dua tokoh ini diadakan di Kangar, pada jam 8.30 malam, turut dihadiri Raja Muda Perlis Tuanku Syed Faizuddin Putra Ibni Tuanku Syed Sirajuddin Jamalullail, Ahli Majlis Tertinggi UMNO Datuk Dr Asyraf Wajdi serta Datuk Razali Shahabuddin.

 

“Beberapa pihak menyarankan ustaz agar menghentikan perbalahan ini antaranya pihak Istana negeri Perlis, JAKIM dan beberapa pihak lain.,

 

“Sebaik sahaja dimaklumkan mengenainya, ustaz Kazim terus bertolak ke Perlis sejurus selesai mengadakan kuliah di Singapura” ujarnya kepada SuaraTV.

 

Beliau bagaimanapun enggan mengulas lanjut mengenainya dan meminta kami agar menghubungi semula selepas pertemuan tersebut.

 

“Ada baiknya saudara hubungi semula, kerana pertemuan tersebut masih diadakan.

 

“Biar ustaz Kazim sendiri yang untuk memberikan komen lanjut mengenainya” ujarnya lagi.

 

Kazim dalam satu kenyataan berkata berpuas hati dengan penjelasan yang diberikan Asri ketika pertemuan itu dan mereka turut berbincang mengenai perancangan program yang akan dilaksanakan bersama pada masa depan.

 

“Perbincangan kami lebih tertumpu kepada macam mana nak jadikan masyarakat kita lebih bertanggungjawab dalam berdakwah untuk mengelakkan pertelingkahan.

 

“Sebenarnya, tiada masalah besar yang berlaku antara kami berdua, cuma benda sudah ditakdirkan untuk berlaku. Kami juga akan menjalankan program bersama dalam masa terdekat, mungkin satu atau dua hari lagi,” katanya.

 

Sementara itu Mufti Perlis, Dr. Mohd Asri Zainul Abdidin melalui laman Facebooknya turut mengesahkan mengenai perkara tersebut sambil bersyukur atas penyelesaian konflik tersebut.

 

“Minum dan tersenyum, alhamdulillah menerima tetamu istimewa malam ini Datuk Kazim Elias di Kangar, Perlis.

 

“Turut sama Dato Dr Asyraf Wajdi yang Dipertua YADIM. Kami minum dan makan dengan mesra sebagai saudara muslim di cafe yang sedap menunya, Cafe Blackwood, Kangar” ujarnya sebentar tadi.

 

Rata-rata pengguna media sosial sebelum ini turut sedih atas kemelut yang melanda sambil menggesa agar kedua-dua tokoh agama ini mencari jalan damai sambil menyifatkan ia akan menyebabkan masyarakat terkeliru.

 

Perbalahan sebelum ini tecetus ekoran penyebaran sekeping surat rasmi dalaman Jabatan Mufti Perlis kepada pengurusan penganjuran satu forum agama.

 

Penyebaran secara meluas di laman Facebook itu telah akhirnya menimbulkan pertikaian di kalangan pengguna laman sosial.

 

Isi kandungan surat tersebut menyatakan ketidaksetujuan jabatan itu terhadap jemputan seorang ahli panel pada program sempena Keputeraan Duli Yang Maha Mulia Raja Perlis yang ke-69 sehingga mendapat reaksi daripada pelbagai pihak.

 

Surat yang ditandatangani oleh Mufti Perlis, Dr. Mohd Asri Zainul Abdidin atau lebih dikenali sebagai Dr. Maza itu menjelaskan pihaknya tidak bersetuju sekiranya penganjur mahu menjemput Datuk Kazim Elias sebagai panel jemputan.

 

Bagaimanapun, tulis Dr. Maza di dalam surat itu bahawa pihaknya menyambut baik hasrat penganjuran forum tersebut, namun, panel yang diundang itu dianggap terlibat dengan pembacaan riwayat-riwayat palsu.

 

 

 

kazim 1

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

kazim 2

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

kazim 3

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.