Anwar Jumpa Dr Mahathir, Dakwa Ada Hal Mendesak

KUALA LUMPUR, — Datuk Seri Anwar Ibrahim bertemu dengan Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad bagi berbincang “beberapa hal yang mendesak”.

Tanpa menjelas agenda atau maksud “hal mendesak” itu, presiden PKR yang baru pulang dari Qatar bertemu pengerusi Pakatan Harapan (PH) di Putrajaya semalam.

“Semalam bertemu Dr Mahathir sebelum berlepas ke luar negeri [semula]. Sempat bertukar pendapat beberapa hal yang mendesak. Alhamdulillah,” kata Anwar di Facebook hari ini.

Bersama kenyataan ringkas itu, beliau turut memuatkan sekeping foto pertemuan tersebut yang dilaporkan diadakan di Yayasan Kepimpinan Perdana.

Pertemuan itu diadakan selepas kedua-duanya menafikan spekulasi ada rombakan kabinet membabitkan Menteri Ekonomi Datuk Seri Azmin Ali selepas sambutan Tahun Baru Cina.

Dalam perjanjian awal PH, Anwar akan menggantikan Dr Mahathir sebagai perdana menteri kelapan. Tempoh penggantian itu bagaimanapun tidak dijelaskan secara rasmi. – MalayMail

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.