Sudahlah Menjadi Mangsa Serangan Seksual, Alat Sulit Kanak-kanak Ini Diseterika Oleh Bapa

Seorang bapa sanggup seterika alat sulit anak lelakinya selepas kanak-kanak berkenaan memberitahunya bahawa dia telah menjadi mangsa serangan seksual oleh sekumpulan remaja.

Lelaki yang berasal dari Arab Saudi itu telah menemui seorang pakar psikologi, Dr. Hussain Al Shamarani selepas `menghukum’ anaknya.

Menurut Dr Hussain, lelaki itu menemuinya bagi meminta bantuan kerana dia percaya apa yang dilakukannya itu adalah betul.

“Lelaki itu datang kepada saya untuk mendapatkan nasihat, tanpa mengetahui bahawa perbuatannya itu menambahkan lagi kemusnahan kepada kesihatan mental anaknya,” katanya seperti yang dilaporkan oleh Stepfeed.com.

Perkara itu didedahkan oleh Dr. Hussein bagi menunjukkan bagaimana mangsa serangan seksual berdepan dengan layanan seumpama itu.

“Ada begitu banyak kes yang serupa di mana ibu bapa menghukum anak mereka disebabkan serangan seksual atau memilih untuk tidak membantu anak mereka bangkit semula selepas kejadian berkenaan,” kata Dr. Hussein.

Susulan pendedahan itu, orang ramai menggunakan media sosial untuk mengutuk tindakan lelaki berkenaan.

“Ada sesetengah orang tidak layak menjadi ibu bapa. Inilah keadaan di mana otak telah diprogramkan untuk menyalahkan mangsa yang menjadi mangsa gangguan seksual,” demikian kemarahan yang dilemparkan.

Tidak kurang pula yang mahu pihak berkuasa mengambil tindakan ke atas pihak yang terlibat itu.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Do NOT follow this link or you will be banned from the site!