Video : Sungai Besar Lancar Akhbar Sendiri

SUNGAI BESAR – Umno Sungai Besar mahu melengkapkan media hub setempat mereka dengan penambahan pengeluaran akhbar sendiri.

 

Ahli parlimen Sungai Besar, Budiman Mohd Zohdi berkata, akhbar yang diberi nama Sungai Besar Kini itu bakal dicetak dua minggu sekali bagi memudahkan orang ramai mendapatkan maklumat tepat dan sahih.

 

 

“Kita mahu buat surat khabar kerana nak ada ‘complement circle’ yang kita ada. Kita dah ada media sosial, ada radio, TV. Jadi saya mahu kita buat sendiri surat khabar kita.

 

“Ikutkan edaran akan keluar 2 minggu sekali sebanyak 7000 naskah. Setidak-tidaknya saya nak letakkan ‘benchmark’ bersifat tempatan kerana luar negara juga buat, di UK misalnya. Saya rasakan medium konvensional ini boleh di sebar luaskan,”katanya di Majlis pelancaran akhbar itu di sini, sebentar tadi.

 

Sementara itu, Setiausaha Akhbar Perdana Menteri, Datuk Akmar Hisham Mokhles yang merasmikan majlis itu berkata, ia merupakan satu idea yang terbaik apabila Sungai Besar memikirkan cara untuk menyiarkan isu setempat di dalam akhbar mereka sendiri.

 

“Di dalam akhbar lain mungkin tak menyeluruh isu setempat yang mereka keluarkan di akhbar mereka. Malah, ruangan akhbar mereka juga terhad untuk mengisi isu terkini dan semasa.

 

“Dalam surat khabar ini boleh dimuat berita setempat di sini secara menyeluruh. Malah, maklumat juga tidak mudah terpesong dengan fakta yang tidak tepat.

 

“Malah, ia boleh disampaikan juga kepada mereka yang sentiasa menerima maklumat salah dan sekali gus dapat membuatkan mereka berfikir dan nilai apa yang disampaikan menerusi akhbar ini. Ia juga dapat menaikkan lagi imej kerajaan,”katanya.

 

Dalam pada itu, menurut Akmar, beliau sangat berbangga apabila Budiman menggunakan cara tersebut untuk berkongsi maklumat dengan saluran yang tepat.

 

Tambahnya, Budiman merupakan antara Ahli parlimen ketiga popular dan yang terkehadapan dan mencari alternatif dengan menggunakan saluran medianya sendiri untuk menyampaikan maklumat sebenar kerajaan kepada rakyat- SuaraTV

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.