Video: ‘Mat Ketereh’ Menangis Minta Maaf Lepas Hina TMJ

KUALA LUMPUR – Lelaki yang didakwa menghina Tunku Mahkota Johor (TMJ), Tunku Ismail Sultan Ibrahim menitiskan air mata selepas dimaklumkan dirinya akan ditangkap pihak berkuasa kerana tindakan tersebut.

 

Melalui klip video yang dikirimkan kepada SuaraTV, lelaki yang dikenali sebagai ‘Mat Ketereh’ itu membuat permohonan maaf secara terbuka terhadap TMJ selepas klip video yang memaparkan dirinya mengeluarkan kenyataan menghina Pemilik kelab Johor Darul Ta’zim (JDT).

 

“Saya nak minta maaf sangat-sangat pada TMJ, saya dah taubat tak nak kata dah pada TMJ.

 

“Saya nak bagi tahu, kenyataan sebelum ini (yang berbaur hinaan) itu adalah disebabkan saya emosi,” katanya memetik kenyataan di dalam klip video tersebut.

 

Terdahulu lelaki yang dikatakan kurang siuman itu di laporkan telah di tahan di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Kelantan setelah klip video yang memaparkan dirinya menghina TMJ itu tular di laman media sosial.

 

Dia dilaporkan ditahan setelah pihak berkuasa menerima satu laporan polis yang dibuat terhadap dirinya di Johor.

 

Penguna media sebelum ini mengecam tindakan individu yang merakamkan klip video tersebut kerana didakwa mahu mengambil kesempatan terhadap orang kurang upaya bagi mewujudkan sentimen kebencian terhadap TMJ.

 

Malah ada yang menyarankan agar pihak berkuasa menahan individu yang terlibat merakam dan menyebarkan klip video tersebut. – SuaraTV

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.