Rayu Pemimpin Pembangkang Pergi Ke Rumah Hadi

PETALING JAYA – Ketua Armada Bersatu, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman hari ini menyarankan pemimpin tertinggi Pakatan Harapan melakukan kunjungan hormat ke rumah Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang.

 

Syed Saddiq berkata, perkara itu penting bagi memastikan hubungan personal terjalin antara pemimpin-pemimpin berkenaan.

 
“Saya rayu terutama kepada Tun Dr Mahathir Mohamad, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail, Lim Kit Siang bukan hanya keluar kenyataan untuk ajak mereka datang bersidang tetapi pergi ke rumah Hadi, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man dan pemimpin Pas yang lain lain dan cuba dekati mereka secara peribadi,” katanya pada sidang meja bulat Selamatkan Malaysia di The Club, di sini, hari ini.

 
Mengulas lanjut, Syed Saddiq berkata, sekiranya pemimpin tertinggi Pakatan Harapan tidak bersedia untuk berbuat demikian, beliau sendiri akan melakukannya.

 

“Saya akan pergi sendiri kalau mereka tak nak,” katanya.

 

Ujar Syed Saddiq, cadangannya itu mengambil contoh pendekatan yang digunakan bekas Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim yang berjaya mendekati Allahyarham Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat dengan cara tersebut.

 

“Anwar bukan senang hendak dekati Tok Guru tetapi dia hampir setiap minggu mengunjungi rumah Tok Guru,” katanya lagi.-Sinar

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.