PKR, PAN, PPBM Hanya ‘Pak Angguk’ DAP, Kata Pemimpin PAS

KUALA LUMPUR – Parti-parti Melayu yang menyokong DAP dipercayai hanya akan berperanan sebagai ‘pak angguk’ dan boneka semata-mata sekiranya pembangkang berjaya menguasai pentadbiran negara.

 

Ketua Pene­rangan Dewan Ulama Pas Pusat, Datuk Dr. Mohd. Khairuddin Aman Ra­zali mendakwa, ketika itu, DAP akan mempergunakan parti-parti Melayu tersebut untuk memberi legitimasi kepada penguasaan DAP dalam pentadbiran negara.

 

Dakwanya, DAP sememangnya bercita-cita besar untuk menerajui pentadbiran ne­gara dan bagi menjayakannya, bantuan orang Melayu amat diperlukan kerana mereka sedar, tiada sebuah parti dapat menguasai landskap politik negara tanpa pengaruh Islam-Melayu sebagai tunjang.

 

“Ramai pemimpin Melayu bersedia menjadi ‘pak angguk’ de­ngan imbuhan yang setimpal asalkan DAP menguasai Kabinet, itu sudah cukup. Di depan, pak-pak angguk Melayu membuat kenyataan tapi di belakang, DAP yang buat keputusan. Barangkali menjadi boneka.

 

“Malangnya, parti-parti Melayu tersebut tidak mendapat so­kongan majoriti orang Melayu. Orang Melayu hanya pilih antara UMNO atau Pas,” katanya dalam blog, drtakiri.blogspot.my semalam.

 

Parti-parti dianggotai majoriti orang Melayu yang menyertai Pakatan Harapan diketuai DAP sekarang ialah PKR, PAN dan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM).

 

Mohd. Khairuddin menambah, disebabkan UMNO dan Barisan Nasional (BN) merupakan seteru politik kepada DAP, maka tidak mungkin mereka akan bersama parti tersebut yang menunjangi kerajaan ketika ini.

 

Menurutnya, agenda ‘UMNOphobia’ yang dicanangkan oleh DAP dan sekutunya ter­nyata berjaya dimainkan dengan begitu berkesan sekali khususnya dalam kalangan masyarakat bukan Islam.

 

Sehubungan itu jelas beliau, harapan DAP untuk mencapai cita-cita menguasai politik negara kini bergantung kepada Pas sahaja.

 

“Pas parti berprinsip dengan rujukan al-Quran dan al-Sunnah. Pas bukan hanya bercakap soal Melayu, tetapi Pas sangat kuat memperjuangkan Islam. Maka, bagaimana DAP mahu mendekati dan menguasai Pas sedangkan Islamophobia adalah senjata utama DAP bagi menarik soko­ngan bukan Islam selama ini?

 

“Kerjasama erat dengan Pas membawa risiko ditolak penyokong tegar dalam kalangan bukan Islam. DAP sudah mencuba semasa di bawah Barisan Alternatif awal 2000. Akhirnya DAP isytihar keluar Barisan Alternatif kerana takut undi penyokong Cina lari kerana rapat dengan Pas,” katanya. – UTUSAN

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.