DBKL Izin PAS Himpun Sokong RUU 355 Di Padang Merbok

KUALA LUMPUR ― Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) membenarkan penganjur untuk mengadakan perhimpunan di Padang Merbok sebagai menyokong cadangan meminda Akta Mahkamah Syariah (Bidang kuasa Jenayah) pada 18 Februari.

 

Datuk Bandar Kuala Lumpur Datuk Seri Mhd Amin Nordin Abd Aziz dalam kenyataan berkata DBKL tiada masalah berhubung permohonan pihak penganjur untuk menggunakan Padang Merbok sebagai tempat berhimpun namun perlu mematuhi syarat-syarat yang ditetapkan, katanya.

 

PAS sebelum ini telah memohon untuk menggunakan Dataran Merdeka sebagai lokasi perhimpunan itu, tetapi ditolak DBKL. ― Bernama

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.