Soo Wincci Malu Terima Angpau, Mahu Pecah Tradisi

Penyanyi dan pengacara jelita Malaysia, Soo Wincci mengakui malu untuk terima angpau diusianya.

 

Umum mengetahui bahawa mereka yang belum berkahwin akan menerima angpau atau duit raya daripada mereka yang sudah berkahwin. Tidak kiralah sama ada individu tersebut masih kecil, sudah dewasa atau tua.

 

“Bila dah berusia dan berkerjaya, Wincci rasa malu untuk terima angpau. Kalau ada yang beri, Wincci tak akan belanjakan dan beri kepada orang lain atau beri kembali kepada orang yang beri Wincci angpau tersebut,” katanya, memetik laporan Sinar.

 

Memilih untuk menyambut Tahun Baharu Cina bersama keluarga di Kuala Lumpur sama seperti setiap tahun, Wincci berkata, dia bagaimanapun ingin memecah tradisi masyarakat Cina dari sudut pemberian angpau.

 

“Wincci lagi senang ikut budaya masyarakat Melayu yang memberikan duit raya kepada orang lain, walaupun Wincci belum lagi berkahwin.

 

“Malah, untuk tahun baharu ini, Wincci turut memberi duit raya kepada ibu bapa dan pekerja dan artis di bawah naungan syarikat Wincci,”katanya.

 

Antara artis yang bernaung di bawah syarikatnya ialah Hanz, Cindy Chen, Eunice Hoo, Mad August, Winson Goo dan Gary Yap.

 

Sementara itu, Wincci berkata, dia baru sahaja pulang dari China kerana mewakili Malaysia membuat persembahan di negara berkenaan.

 

“Bagaimanapun dalam kesibukan, Wincci sempat juga tolong kakak kemas rumah dan buat makan-makan untuk pekerja dan artis Wincci.

 

“Mungkin dua tiga hari lagi, Wincci akan mula bekerja semula,” akhirinya.

 

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.