‘Saya Sudah Tidak Berminat Taja Kedah’- Aliff Syukri

KUALA LUMPUR – “Sudah, saya tidak berminat,” kata Pengasas D’Herbs Healthy Sdn Bhd (D’Herbs), Datuk Aliff Syukri Kamarzaman yang akhirnya sudah menarik diri daripada menjadi penaja buat pasukan Kedah.

 

Menurut Alif Syukri, keputusan itu dibuat selepas beliau tidak lagi berminat untuk menaja pasukan Helang Merah itu disebabkan oleh krisis politik yang melanda Kedah baru-baru ini.

 

Memetik laporan Sinar, beliau berkata demikian ketika ditanya adakah pihaknya sudah membuat keputusan untuk menjadi penaja Kedah atau sebaliknya.

 

Namun Aliff Syukri enggan mengulas lanjut ketika ditanya kenapa pihaknya menarik diri.

 

Januari lalu, Aliff Syukri mengadakan pertemuan dengan Datuk Seri Mukhriz Tun Dr Mahathir bagi membincangkan mengenai penajaan skuad Helang Merah.-SuaraTV

 

One thought on “‘Saya Sudah Tidak Berminat Taja Kedah’- Aliff Syukri

  • February 8, 2016 at 9:47 am
    Permalink

    sebab makan masa kot..bila pengurusan baru, otometik rundingan pun kena start dari awal balik..

    Reply

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.