Pemaju Disiasat Guna Tin Kosong Sebagai Bahan Binaan Di Taiwan

TAIPEI – Polis Taiwan membuka kertas siasatan selepas tin-tin minyak dan cat ditemui di sebalik dinding bangunan yang runtuh akibat sebuah gempa bumi di Tainan, Sabtu lalu.

 

Menurut Dailymail, kerajaan bagaimanapun menafikan sebarang tuduhan dan mendakwa pembinaan bangunan tersebut mendapat permit secara sah.

 

Sabtu lalu, sebuah gempa bumi berukuran 6.4 skala Richter melanda Tainan, menyebabkan bangunan pangsapuri 17 tingkat tersebut menyembah bumi.

 

Sehingga semalam, seramai 126 penduduk pangsapuri tersebut masih hilang manakala 103 mangsa lagi terperangkap jauh di sebalik runtuhan.

 

Seramai 200 mangsa termasuk 41 kanak-kanak sudah dikeluarkan oleh petugas kecemasan.

 

Datuk Bandar, William Lai menganggarkan lebih 300 orang awam berada di dalam pangsapuri tersebut ketika kejadian kerana menyambut perayaan Tahun Baru Cina. – Sinar

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.