Najib Meriahkan Rumah Terbuka

KUALA LUMPUR – Hampir 5,000 pengunjung terdiri daripada pelbagai bangsa hadir memeriahkan Rumah Terbuka GERAKAN sempena sambutan Tahun Baharu Cina, kali ini.

 

Acara tahunan itu diraikan di bangunan PGRM, Cheras, seawal jam 10 pagi tadi.

 

Antara sajian disajikan kepada pengunjung seperti makanan tradisional masyarakat cina serta beberapa sajian tambahan lain seperti sate, lontong, laksa dan aneka kuih muih.

 

Disamping itu, mereka turut dihiburkan dengan pelbagai persembahan yang melambangkan penyatuan semua kaum di Malaysia.

 

Rumah terbuka itu dimeriahkan lagi dengan kehadiran Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak dan isteri, Datin Seri Rosmah Mansor serta Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi. Kehadiran Najib pada jam 11 pagi disambut Presiden GERAKAN, Datuk Seri Mah Siew Keong serta kepemimpinan tertinggi parti.

 

Antara kenamaan lain yang hadir ialah Presiden MIC, Datuk Seri S Subramaniam; Setiausaha Agung UMNO, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor serta pemimpin parti komponen Barisan Nasional (BN) lain.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.