Minuman Keras : 24 Maut Selepas Minum

JOGJAKARTA, INDONESIA – Sekurang-kurangnya 24 orang disahkan meninggal dunia selepas meminum minuman keras buatan sendiri, manakala 20 lagi mangsa sedang dirawat di hospital.

 

Pihak berkuasa masih belum mendapat maklumat terperinci meneliti insiden tersebut disebabkan keadaan mangsa yang masih dalam kritikal.
Memetik laporan Reuters, antara yang terkorban termasuk golongan mahasiswa.

 

Difahamkan, sepasang suami isteri yang merupakan pengusaha warung menjual arak buatan sendiri di sebuah kampung dalam wilayah Sayegan, Sleman ditahan pihak berkuasa.

 

Arak tersebut dipercayai mengandungi campuran etanol pada kadar 96 peratus.

 

Menurut laporan Metro TV, Ketua Polis Sleman, Yulianto berkata, pihaknya mengesyaki kesemua mangsa tersebut memperoleh minuman yang sama walaupun di tempat dan waktu yang berbeza.

 

“Polis telah menghantar sampel minuman keras yang dicampur bahan berbahaya itu ke makmal di Semarang untuk diuji,” katanya.

 

Kematian akibat mencuba minuman keras buatan sendiri bukan suatu yang asing di Indonesia, khususnya di kawasan luar bandar kerana orang kampung tidak mampu membeli arak berlesen.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.