‘Kenyataan Mahathir Bersifat Menghasut’ – Annuar Musa

KUALA LUMPUR – Ketua Penerangan Umno, Tan Sri Annuar Musa hari ini memberi amaran kepada bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad berhubung entri terbaharu yang dibuat di blognya baru-baru ini.

 

Menurut Annuar, muatnaik posting Mahathir bertajuk “AG to AG” (peguam negara kepada peguam negara) bertarikh 3 Februari itu bersifat menghasut.

 

“Sesiapa sahaja yang mempunyai pengetahuan asas mengenai undang-undang Malaysia akan tahu posting itu bersifat menghasut.

 

“Saya terkejut apabila membaca kenyataan Dr Mahathir di blognya yang sangat jelas mengandungi kata-kata menghasut. ‎Saya benar-benar tidak tahu apakah niat beliau yang sebenar. Apakah ini strategi politiknya untuk meraih simpati?

 

‎Dalam tulisan blog bekas Perdana Menteri itu, Dr Mahathir mendakwa Peguam Negara Tan Sri Mohamed Apandi Ali tidak akan mendakwa perdana menteri dalam kes SRC International dan dana RM2.6 bilion kerana kononnya terhutang budi dengan Najib.

 

Menurut Annuar lagi, tuduhan Mahathir itu seolah-olah bertujuan mendatangkan kebencian dengan niat membangkitkan perasaan tidak setia rakyat terhadap pentadbiran pimpinan Najib.

 

‎“Boleh jadi juga Mahathir berpendapat beliau kebal dari tindakan undang-undang menyebabkannya bertindak membelakangkan undang-undang dalam usahanya menjatuhkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak.

 

‎“Apa yang pasti, semua tuduhan tersebut merupakan kesalahan di bawah Fasal 2 (1) (c) Akta Hasutan 1948. Mahathir tidak wajar menolak seseorang dari kedudukannya atau mengarahkan orang ramai bertindak ke arah itu,” katanya di laman Facebook beliau semalam.‎-Sinar

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.