Video : DAP Perlu Jawab, Siapa Biayai Dana RM1.2 Bilion

PULAU PINANG – Satu bantahan telah diadakan Persatuan Muka Buku mengenai gesaan ke atas Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng bagi menjawab sumber dana RM1.2 Bilion yang diterimanya.

 

Persatuan itu turut menggesa Guan Eng menyaman bekas pegawai khasnya, Mohamed Razali Abd Rahman yang dikatakan mendakwa Guan Eng menerima dana tersebut daripada Israel.

 

Seorang daripadanya melaungkan bantahan, jika benar DAP tidak bersalah menerima dana RM1.2 bilion daripada Israel, mengapa Ketua Menteri itu tidak menyaman sahaja orang yang mendakwanya.

 

“Kita minta Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng untuk menjawab. Adakah benar DAP menerima dana daripada Israel?

 

“Kenapa ketua menteri yang berani banyak kali saman Utusan Malaysia ni, tak saman saja Razali Rahman? Kenapa Guan Eng tak mau saman Razali, yang mengatakan secara terang-terangan bahawa DAP menerima dana daripada Israel RM1.2 bilion dan yang selebihnya kami tak tahu. Kalau betul dia tak bersalah saman saja Razali,”katanya.

 

Menurut aktivis tersebut, kebiasaannya DAP kalau berasa terancam pihaknya akan mengambil tindakan saman.

 

“Tapi kali ini, dia tak saman Razali,”akhirinya.

 

Terdahulu, Razali menyertai DAP pada 2008 dan akhirnya dipecat pada tahun 2011, apabila beliau mula mendakwa DAP berkaitan penerimaan dana daripada Israel bernilai RM1.2 Bilion.-SuaraTV

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.