Ayah Dr Fazley meninggal dunia awal pagi tadi

AYAH kepada personaliti popular, Datuk Dr Fazley Yaakob, Datuk Yaakob Mohammad telah kembali ke rahmatullah awal pagi tadi.

 

Fazley memaklumkan perkara itu menerusi laman Facebooknya juga ‎memohon maaf sekiranya ayahnya ada melakukan kesilapan ketika hayatnya.

 

‎”Dengan duka cita dan rendah hatinya, saya ingin memaklumkan bahawa ayahanda saya yang dikasihi Datuk Hj Yaakob Hj Mohammad telah kembali ke Rahmatullah pagi tadi.

 

“Terima kasih buat semua ahli keluarga jauh dan dekat, rakan taulan lama dan baharu, serta mereka yang pernah dan masih mengenali arwah ayahanda saya selama ini, katanya menerusi posting terbaru kira-kira lima jam tadi.

 

Katanya, “mohon maaf jika ada salah dan silap beliau (ayah), sekiranya ada terkasar bahasa dan perbuatan selama tempoh anda pernah bersama beliau, mohon dihalalkan makan minum beliau juga.”

 

“Sama-samalah kita mendoakan kesejahteraan roh beliau,” katanya.

 

Sebelum ini, Yaakob pernah menjawat jawatan Setiausaha Kerja Umno dan BN.

 

Allahyarham pernah dipertanggungjawabkan sebagai Ketua Pegawai Eksekutif Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC).-sinar

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.