ADUN PAS Jadi ‘Dewa Rezeki’ Rai Tahun Baru Cina

PAYA JARAS – Kerana mahu meraih undi dari kaum Cina, ADUN Paya Jaras YB Khairuddin Othman telah mengenakan pakaian yang seakan ‘Dewa Rezeki’ sempena menyambut perayaan Tahun Baru Cina.

 

Beliau yang merupakan Setiausaha Perhubungan PAS telah mengenakan persalinan berwarna merah dan turut memakai janggut palsu bagi menyerupai ‘Dewa Rezeki’ itu.

 

Melalui gambar-gambar yang dilihat di laman Facebook, beliau telah memberikan sumbangan kepada mereka yang memerlukan.

 

Khairuddin-Othman- isu pakaian dewa rezeki cina

 

Gambar-gambar beliau memakai pakaian tersebut telah menjadi viral dilaman Facebook.

 

Antara status yang dimuat naik ialah dari DUNIACACAMARBA yang mempertikaikan tindakan tersebut.

 

“Kalaulah pemimpin Amanah atau DAP yang beraksi demikian, habis kena tibai dengan walaun, habis keluar hujah hukum hakam,” katanya di dalam status Facebook miliknya.

 

Pemilik akaun tepak Bersulam juga turut memuat naik status yang merujuk kepada tindakan beliau adalah disebabkan mahu memancing undi.

 

“Ha ha nak pujuk hati kaum tu pujuk lah tak yah lah jadi badut pula.”.

 

Mengikut kepercayaan masyarakat Cina, Dewa Keberuntungan ini dapat membawa kekayaan dan disembah oleh sebahagian Masyarakat Cina.

 

 

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.