‘Saya Tidak Perlu Buat Laporan Polis’ – Ismail Sabri

HULU KELANG – Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob mengesahkan bahawa beliau tidak akan membuat laporan polis berhubung ugutan bunuh yang diterimanya dalam laman sosial Facebook.

 

Katanya, beliau mengambil tindakan tersebut kerana sudah ada pihak lain yang membuat laporan polis berhubung perkara tersebut.

 

“Saya tidak akan buat laporan polis, sudah ramai yang mewakili saya membuat laporan,” katanya ringkas ketika sidang media sempena pelancaran Jualan Turun Harga Pasar Tani, di sini semalam.

 

Terdahulu  Sinar Harian melaporkan Ismail Sabri menerima ugutan ancaman bunuh hampir setiap hari melalui akaun Facebook miliknya selepas mengeluarkan kenyataan kontroversinya menggesa orang ramai terutamanya orang Melayu menggunakan kuasa mereka memboikot peniaga yang menaikkan harga barang secara tidak munasabah.

Berikutan itu, beliau menerima kecaman daripada pelbagai pihak termasuk pembangkang, serta rakan-rakan dalam BN.

 

Sehubungan itu, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak pada Rabu lalu cuba meredakan keadaan dengan menyatakan kenyataan Ismail Sabri itu bertujuan menegur semua peniaga yang enggan menurunkan harga tanpa ditujukan kepada mana-mana kaum. – Sinar

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.