“Saya Mahu Golf Jadi Sukan Rakyat” – PM

Kuala Lumpur – Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak mahu golf tidak lagi menjadi sukan yang dimainkan golongan berada dan elit, sebaliknya menjadi sukan rakyat yang dimainkan oleh segenap lapisan masyarakat.

 

Untuk itu, kata Najib yang juga Menteri Kewangan, peruntukan sebanyak RM2 juta telah disalurkan kepada Persatuan Golf Malaysia (MGA) untuk mempromosikan sukan itu hingga ke peringkat sekolah, bagi menjayakan matlamat menjadikan golf sukan rakyat.

 

“Saya ingin melihat sukan golf sebagai sukan rakyat, dan saya rasa kita perlu jadikan sukan ini lebih mudah untuk diakses untuk semua rakyat Malaysia di setiap peringkat untuk bermain sukan ini.

 

“Oleh itu, saya ucapkan tahniah Malaysian Golf Association yang berada di bawah pimpinan Tan Sri (Mohd) Anuar (Mohd Nor) sebagai presiden yang memulakan golf di peringkat sekolah.

 

“11 buah sekolah terlibat dalam program ini dan saya telah beri RM2 juta kepada MGA untuk mempromosikan golf di peringkat sekolah untuk menyumbangkan lebih pada masa akan datang,” kata Najib.

 

Beliau berkata demikian ketika berucap menutup pertandingan Maybank Malaysia Open di Kelab Golf Kuala Lumpur (KLGCC), di Bukit Kiara, hari ini.

 

“Saya juga diberitahu di Kedah, anak nelayan juga bermain golf hari ini, dan saya harap rakyat Malaysia akan berkembang menjadi pemain yang hebat di Asia dan juga di dunia,” tambah beliau.

 

Sementara iitu pertandingan Maybank Malaysia Open yang berlangsung selama empat hari menyaksikan pemain dari India, Anirban Lahiri muncul juara setelah berjaya memperolehi mata 16 di bawah par menewaskan 156 pemain dari seluruh dunia.

 

Kejayaan itu membolehkan Lahiri membawa pulang hadiah wang tunai USD$500,000 atau RM1.77 juta beserta sebuah trofi. – Rakyat Pos

 

PM Golf 1

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.