Video: Pesawat AirAsia KL- Jeddah Patah Balik

Kuala Lumpur – Sebuat pesawat penerbangan Air Asia X D7172 ke Jeddah selamat mendarat di Lapangan Terbang Kuala Lumpur (KLIA2) selepas dilaporkan menghadapi masalah teknikal petang tadi.

 

Pesawat dari Kuala Lumpur itu terpaksa berlegar di ruang udara Selat Melaka kira-kira empat jam untuk membuang minyak dari tangki pesawat sebelum selamat mendarat.

 

 

“Auto-thrust tidak berfungsi dengan baik. Sebenarnya ia boleh untuk terbang tetapi kita hanya mahu pesawat itu berpatah balik,” kata Ketua Pegawai Eksekutif Tony Fernandes kepada AFP.

 

Dalam satu mesej teks kepada AFP Tony menyifatkan kejadian itu sebagai “masalah kecil “.

 

Beliau juga menyifatkan pengendalian kapal terbang tu sebagai satu ” rutin ” langkah berjaga-jaga kerana pesawat itu sarat dengan bahan api yang biasanya digunakan dalam beberapa – jam penerbangan ke Arab Saudi.

 

“Bahan api itu dibakar sama banyak seperti bahan api yang digunakan ke Jeddah , ” katanya.

 

Kesemua penumpang itu kemudianya dipindahkan ke pesawat lain dan berlepas pada 7.23 malam tadi.

 

“Sebagai langkah keselamatan, dan untuk mematuhi semua standard piawaian dan keselamatan antarabangsa, pesawat tersebut berpatah balik dan mendarat dengan selamat pada … 1740 jam (0940 GMT ),” kata Air Asia dalam satu kenyataan.

 

Sementara itu , Menteri Pengangkutan Datuk Seri Liow Tiong Lai menerusi akaun Twitternya berkata pesawat itu mempunyai masalah teknikal yang menyebab pesawat itu terpaksa membuat beberapa pusingan udara di Selat Melaka.

 

AirAsia

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.