Penduduk Jordan Tuntut Keadilan

Amman (Jordan) – Ribuan penduduk Jordan berarak di sekitar ibu negara menuntut pembalasan di atas kematian juruterbang negara itu yang dibakar hidup-hidup kumpulan militan Negara Islam (IS).

 

Menurut kerajaan negara berkenaan, puluhan jet pejuang telah menyerang IS Khamis lalu, selain meluaskan kempen mereka dari Syria termasuk sasaran di negara jiran Iraq.

 

Menurut Menteri Luar Nasser Judeh, operasi itu adalah permulaan tindakan balas pihaknya terhadap pembunuhan ngeri dan kejam juruterbang mereka dalam usaha memperhebatkan lagi perjuangan menentang militan.

 

Difahamkan, Permaisuri Rania turut menyertai perhimpunan yang diadakan di Masjid Al-Husseini selepas solat Jumaat. – Press TV

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.