Pemuda PAS Desak Dr Hatta Ramli, Dan ‘Konconya’ Letak Jawatan

Kuala Lumpur – Dewan Pemuda Parti Islam Semalaysia (PAS) Kuantan hari ini mendesak Dr Hatta Ramli dan ‘kumpulan konspirasinya’ supaya meletakkan kesemua jawatan di dalam parti itu.

 

Ketuanya Fadhli Ibrahim berkata Dewan Pemuda PAS Kuantan berasakan ahli-ahli PAS perlu sedar tentang kewujudan kerjasama yang ingin menjatuhkan Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Hadi Awang dan kepimpinan ulama.

 

“Apa yang membimbangkan kami, keputusan-keputusan yang dibuat PAS adalah didalangi oleh anasir-anasir luar melalui komplot jahat yang digerakkan oleh Dr Hatta Ramli dan kumpulannya,” kata Fadhli kepada media di hadapan Pejabat Agong PAS, Jalan Raja Laut, Kuala Lumpur.

 

Fadhli berkata kebimbangan ini berdasarkan bukti yang mereka peroleh yang menyatakan komplot ini menguasai lebih separuh Ahli Jawatan Kuasa PAS Pusat sehingga mensabotaj keputusan Parti dan menjadikan Presiden parti tu seperti boneka.

 

Fadhli turut memberi lampiran bukti berkenaan di dalam bentuk Akuan Berkanun beserta cetakan paparan skrin telefon daripada WhatsApp, kumpulan yang dikatakan menerima arahan Hatta Ramli.

 

Sementara itu, kelihatan Hadi memasuki bangunan Pejabat Agong PAS untuk menghadiri mesyuarat parti itu sebelum menghadiri mesyuarat Pakatan Rakyat (PR) yang dijadualkan petang nanti.

 

Kehadiran Hadi disambut languan takbir “Allahu Akbar” daripada beberapa pemimpin belia PAS Kuantan.

 

Sebelum ini Hadi menyatakan beliau akan menghadiri mesyuarat PR jika beliau rasa beliau mahu menghadirinya. – Awani

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.