Pas Kuantan Dedah ‘Dalang’ Untuk Jatuhkan Hadi Dari Jawatan Presiden

KUALA LUMPUR – Ketua Pemuda Pas Kuantan, Noorzazilafadli Ibrahim mendedahkan usaha beberapa pihak dalam Pas sendiri untuk menguasai Pas Pusat dan menjatuhkan Presiden, Datuk Seri Abdul Hadi Awang.

 

Beliau turut menamakan beberapa pemimpin tertinggi Pas Pusat yang didakwa mendalangi perbuatan itu.

 

“Mereka menubuhkan Pasma serta menyusun strategi untuk memecahbelahkan kesatuan di kalangan ahli Pas dan melakukan ‘grand design’ untuk menjatuhkan presiden dan kepimpinan ulama.

 

“Mensabotaj setiap keputusan yang dibuat oleh presiden Pas dan Majlis Syura Ulama Pas yang dilihat tidak selari dengan kehendak pihak-pihak tertentu dalam PR,” katanya kepada pemberita di hadapan pekarangan Pejabat Agung Pas, di sini, hari ini. – Sinar

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.