Mati Tertembak Diri Sendiri

Melaka – Seorang pemburu maut dipercayai akibat tertembak diri sendiri ketika dalam perjalan pulang dari memburu di Jalan Gapam, Kampung Gapam, Ayer Keroh di sini, pagi tadi.

 

Difahamkan dalam kejadian kira-kira 2 pagi itu, mangsa Ong Thai Hock, 56, dari Batu 12 1/2, Bemban maut di tempat kejadian selepas tembakan senapang patah yang dibawa terkena pada bahagian kanan mukanya.

 

Menurut sumber, mayat mangsa ditemui rakannya berusia 40-an terbaring di tepi Yamaha Lagenda ditunggangnya dalam keadaan enjin masih hidup di atas jalan berturap berhampiran Jalan Gapam.

 

“Sebelum kejadian mangsa bersama rakannya itu memburu di kawasan berhampiran dan dipercayai pulang menggunakan laluan berasingan.

 

“Apabila menyedari mangsa tidak kelihatan, rakannya mencari mangsa sebelum menjumpainya terbaring di atas jalan berkenaan dalam keadaan parah di muka,” katanya ketika ditemui di sini.

 

Mayat mangsa dihantar ke Hospital Melaka untuk dibedah siasat.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.