Malaysia Tumpaskan Thailand

Melaka – Pasukan negara akhirnya berjaya merangkul kejuaraan Kejohanan Sepak Takraw Siri Super ISTAF 2015 yang berlangsung di di Pusat Dagangan Antarabangsa Melaka (MITC), Ayer Keroh, Melaka.

 

Menamatkan ‘badi’ yang sekian lama menghantui sukan sepak takraw Malaysia, skuad negara berjaya menumpaskan musuh tradisi, Thailand dalam pertembungan yang disifatkan dikuasai sepenuhnya oleh regu negara.

 

Regu Malaysia yang dibarisi Mohd. Syahir Mohd. Rosdi (Tekong), Farhan Adam (Feeder) dan Hanafiah Dollah (Striker) menamatkan perlawanan dengan keputusan 2-0 selepas menang 21-7, 21-19.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.