Pemain T-Team Sedia Angkat Sumpah Al-Quran

TERENGGANU – Pemain Islam pasukan T-Team bersedia mengangkat sumpah menggunakan al-Quran seperti yang diminta oleh Menteri Besar Terengganu, Datuk Seri Ahmad Said berhubung insiden di Larkin, Johor Bahru, baru-baru ini.

Ketua Pegawai Eksekutif T-Team, Ab Rasid Jusoh, berkata semua pemain itu bersedia mengangkat sumpah itu pada bila-bila masa.

“Kita masih menunggu tarikh sesuai untuk mengangkat sumpah al-Quran berkenaan. Kesemua pemain bersedia melakukan perkara itu pada bila-bila masa,” katanya ketika dihubungi Bernama di sini, hari ini.

Semalam, Menteri Besar Terengganu itu meminta pegawai dan pemain T-Team mengangkat sumpah al-Quran berhubung insiden pada perlawanan Piala FA ketika menentang Johor Darul Takzim (JDT) di Stadium Tan Sri Haji Hassan Yunos di Larkin, Johor Bahru pada 1 Februari lepas.

Ab Rasid berkata T-Team juga akan memberi tumpuan kepada saingan Liga Super selepas ini.

“Sudah pasti kita akan memberi tumpuan sepenuhnya dalam saingan Liga Super.

Bahkan kita akan bermain bersungguh-sungguh dalam memastikan dapat menyaingi pasukan lain untuk memperbaiki kedudukan Liga Super,” katanya.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.