UMNO Parti Sehidup Semati, Tetap Setia – Ahmad Maslan

KUALA LUMPUR – Ahli Parlimen Pontian, Datuk Seri Ahmad Maslan mengulangi pendirian politiknya bahawa beliau akan kekal setia bersama Umno, meskipun parti itu kini tidak lagi berkuasa.

Katanya, Umno merupakan parti ‘sehidup sematinya’, sesuai dengan cogan kata parti itu iaitu dulu, kini dan selamanya.

“Jika hanya seorang lagi yang bawa bendera Umno di negara Malaysia ini, orang itu adalah Ahmad bin Maslan,” katanya ketika menjadi panel dalam rancangan ‘Nothing To Hide’ semalam.

Katanya, Umno terlalu besar jasanya kepada beliau secara individu dan rakyat Malaysia umumnya.

“72 tahun Umno menabur jasa, sepanjang 61 mentadbir negara ia telah bangunkan agama bangsa dan rakyat Malaysia.

“Takkan hendak tinggalkan Umno,” katanya lagi.

Dalam pada itu Ahmad turut menyindir parti Bersatu yang baginya tiada apa-apa jasa kepada rakyat Malaysia.

“Bersatu ini jasa apa benda…dan pemerintahan PH ini banyak sejarah mereka cipta manifesto bukan kitab suci dah menang kerana manifesto muka tak tahu malu tak lakasanakan manifeso itu dalam sejarah,” sinisnya lagi. – SINAR HARIAN

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.