Mungkin Boleh Bina Zoo Di KLIA2, Jual Madu – Tony Fernandes

KUALA LUMPUR – Selepas penemuan tikus kali ini KLIA2 mempunyai sarang lebah. 

Perkara itu didedahkan Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Air Asia, Tony Fernandes dalam ciapannya di Twitter.

Tony berang dengan pengurusan KLIA2 setelah menemui apa yang muncul sebagai sarang lebah di tingkap di salah sebuah bangunan di lapangan terbang itu.

“Sekarang kita ada lebah di KLIA2. Kita ada ulat, tikus dan sekarang lebah.

“Mungkin (boleh bina) zoo atau (jual) madu KLIA2. Boleh jana pendapatan baru bagi mengurangkan cukai lapangan terbang,” sindirnya.

Tanbah Fernandes, insiden terbaharu itu boleh mendatangkan ancaman serius kepada keselamatan orang ramai.

“Bukan gurauan, ini berbahaya buat penumpang dan kakitangan saya. Bolehkah CEO baru yang tidak berkomunikasi menyelesaikannya? ” soalnya.

Pada Jumaat lalu, Kementerian Kewangan mengumumkan pelantikan Raja Azmi Raja Nazuddin sebagai ketua pegawai eksekutif Kumpulan Malaysia Airports Holdings Berhad (MAHB) untuk selama tiga tahun.

Sebelum ini, MAHB, sebagai pengendali KLIA2, menjawap di Twitter berhubung aduan penumpang yang menjumpai tikus di lapangan terbang itu pada Disember lalu.

Menurut MAHB, syarikat itu telah menjalankan aktiviti kawalan serangga secara di bawah pengawasan bahagian kawalan penyakit Kementerian Kesihatan.-SuaraTv

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.