Video : Terlebih Dos… Berbogel, Baling Najis

PHUKET – Tindakan melampau seorang pelancong Amerika Syarikat telah mengejutkan ramai sebaik sahaja dia ditahan di Lapangan Terbang Antarabangsa Phuket, Thailand.

Menurut Mirror. com, Steve Cho dipercayai mengambil  Viagra dan telah berkeliaran di lapangan terbang berkenaan dalam keadaan bogel.

Bukan itu sahaja, disebabkan kesan pil perangsang seks terbabit, dia memusnahkan barang dan menjerit tanpa kawalan sebelum mula membaling najisnya kepada pekerja dan orang ramai

Akibat perbuatannya itu, Cho, 27 tahun dan berasal dari New York, dikawal oleh enam pengawal kesleamatan dan petugas lapangan terbang sebelum ditahan polis pada 11.30 malam pada Khamis.

Salah seorang saksi, Wannee Ming, 28 tahun berkata, “Kelakuannya sangat menakutkan dan menjijikkan. Saya akan menjauhkan diri daripada lelaki ini jika dia menyerang.

“Petugas lapangan terbang cuba menenangkannya. Mereka cuba bercakap dengannya tetapi dia tidak mengendahkan mereka. Petugas terbabit sudah melakukan yang terbaik untuk mengawalnya,” katanya.

Steve dilaporkan memberitahu polis bahawa dia telah “mengambil terlalu banyak dadah seks” dan meminta maaf  serta bersetuju membayar ganti rugi jika terdapat sebarang kemusnahan akibat tindakannya, petik Awani

Lapangan Terbang Antarabangsa Phuket dalam satu kenyataan pula berkata, “Lelaki itu ditahan bagi tujuan mengawal situasi selain mengelakkan penumpang lain daripada terancam.”

Steve dibawa ke stesen polis tempatan sebelum dihantar ke hospital terdekat untuk pemeriksaan kesihataan dan penilaian psikiatri.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.