Tular Media Sosial Selamatkan Pemancing

KUALA TERENGGANU – Impak tular di laman sosial berjaya menghubungkan sekumpulan pemancing dengan keluarga serta rakan mereka bagi meminta bantuan agar diselamatkan apabila bot yang dinaiki hanyut pada jarak 18 batu nautika dari Kuala Terengganu, pagi kelmarin.

Mangsa Ahmad Sufian Salleh, 28, bersama Besar Sidik, 58, Umar Mamat, 41, dan Che Umar Mamat, 49, mengalami detik cemas selepas enjin bot mereka rosak pada 9.30 pagi selepas turun ke laut pada 4.30 pagi.

Ahmad Sufian dan Besar berasal dari sini manakala Umar dan Che Umar merupakan warganegara Thailand.

“Pada awalnya kami semua panik apabila enjin bot tiba-tiba mengeluarkan asap tebal dan tidak berjaya dihidupkan kembali.

“Saya cuba hubungi keluarga untuk dapatkan bantuan, namun gagal kerana tiada liputan,” kata Ahmad Sufian ketika ditemui Bernama selepas selamat tiba di jeti Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia Negeri Terengganu DM 9 di sini.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.