Sydney Dilanda Cuaca Paling Panas

SYDNEY – Larangan aktiviti pembakaran masih tidak dibenarkan di seluruh New South Wales (NSW), Australia hari ini, selepas Sydney dilanda cuaca paling panas dalam tempoh 80 tahun, lapor agensi

Berita Xinhua melaporkan, Cuaca panas menyaksikan suhu mencecah 47.3 darjah Celsius di barat Sydney manakala seluruh bandar pelabuhan, suhu mencapai antara 41 hingga 45 darjah Celsius, sekali gus menjadikannya kawasan paling panas pada Ahad.

Negeri lain di tenggara negara itu juga mengalami cuaca panas teruk, dengan beberapa kawasan di Victoria amat serius pada Sabtu. Lalu lintas antara Sydney dan Melbourne terpaksa ditangguhkah selama beberapa jam.

Puluhan kebakaran hutan turut berlaku di kawasan tenggara dan di NSW sahaja pihak berkuasa mengendalikan sejumlah 51 kebakaran, petik Kosmo

Pada Isnin pagi, dunia sukan digemparkan dengan berita kapten pasukan kriket England terpaksa dikejarkan ke hospital, selepas mengalami dehidrasi teruk pada hari keempat perlawanan persahabatan terakhir menentang Australia di Sydney.

Menurut pegawai Meteorologi Australia, Jordan Notara, bagaimanapun diramalkan perubahan kepada cuaca sejuk sedang berlaku. 

“Diramalkan terdapat sedikit penurunan suhu iaitu sekitar 30 darjah Celsius esok,” katanya sambil menambah sekurang-kurangnya satu atau dua lagi cuaca panas ekstrim akan melanda sepanjang musim panas kali ini. 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.